Thursday, 14 January 2010

【physic】cara menjawab physic kertas 3 bahagian B

PERINGATAN: cara permarkahan kertas 3 bahagian B untuk BIOLOGY PHYSIC dan KIMIA adalah TIDAK SAMA!

Banyak calon menghadapi masalah untuk menjawab bahagian B kertas 3 untuk biology, physic, and chemistry.Sebenarnya, sekiranya calon mengetahui cara permarkahan bahagian ini, adalah senang untuk calon mendapat markah penuh.Tetapi, walaupun sama kertas 3 bahagian B, cara permarkahan biology, physic dan kimia adalah TIDAK sama.

Untuk article ini saya akan berkongsi dengan anda cara permarkahan physic kertas 3 bahagian B dengan menggunakan contoh soalan. Markah penuh untuk bahagian ini adalah 12 markah. Markah akan diberi mengikut aspek berikut:

1)inference (1markah)
2)hypothesis (1markah)
3)Aim (1markah)
4)MANIPULATED+RESPONDING  variables (1markah)
5)FIXED variable (1markah)
6)COMPLETE list of apparatus and materials (1markah)
7)functional diagram of apparatus (1markah)
8)State how the manipulated variable is controlled (1markah)
9)State how the responding variable is measured (1markah)
10)State how the procedure is repeated to obtain at least 5 sets of results (1markah)
11)State how the data is tabulated (1markah)
12)State how the data is analysed (1markah)
MARKAH PENUH 12 MARKAH

CONTOH SOALAN
In the ocean, the water is often more calm. As the waves move towards the beach they become more distinct as shown by diagram 4.1. Study the shape and wave length shown in diagram 4.1.


Based on the information and the observation above:

(a)State one suitable inference

(manipulated) AFFECTS (responding)

perkataan affects adalah sangat penting. Biasanya aspek untuk jawapan boleh dilihat dari gambar rajah yang diberi oleh soalan. Sebagai contoh, jawapan untuk soalan ini ialah:

depth AFFECTS wavelength   √markah pertama
(depth dan wavelength mengalami perubahan dalam gambar rajah)
(perkataan affects wujud)

b)State one suitable hypothesis

(manipulated) increase, (responding)increase
ATAU
(manipulated) derease, (responding)decrease
ATAU
(manipulated) increase, (responding)decrease (and vice versa)

untuk soalan ini, perkataan increase dan decrease adalah sangat penting.
jangan memberi jawapan yang tidak pasti atau bagi jawapan inference seperti:

Depth increases, wavelength will changes
ATAU
Depth affects wavelength

jawapan betul ialah
Depth increases, wavelength increases  √markah kedua

(c)With the use of apparatus such as ripple tank, stroboscope and other suitable apparatus, describe an experiment framework to investigate the hypothesis stated in 4(b). In your description, state clearly the following :

(i) Aim of the experiment
biasanya jawapan untuk soalan ini dapat dicari dalam soalan yang diberi.Contohnya:

In the ocean, the water is often more calm. As the waves move towards the beach they become more distinct as shown by diagram 4.1. Study the shape and wave length shown in diagram 4.1.
(ocean is more depth, beach is less depth. the question ask you to study wavelength also)
 
cara menjawab yang betul ialah:
To INVESTIGATE the RELAITIONSHIP between (manipulated) and (responding)

jawapan
To investigate the relationship between depth and wavelength  √markah ketiga

(ii) Variables in the experiment
apabila sampai di soalan ini, calon sepatutnya sudah tahu dan pasti dengan manipulated dan reponding variables. Sekiranya calon masih tidak dapat pastikan, sila memilih soalan lain (bahagian b ada 2 soalan kan?). Dan sekiranya selepas anda pasti dengan manipulated and reponding, anda tidak dapat mencari fixed variable, pergilah ambil PMR ulangan.
cara permarkahan di sini lebih special

MANIPULATED+RESPONDING=1markah
FIXED=1markah

Jawapan ialah:

Manipulated variable : depth, h
Responding variable : wavelength, λ  √markah keempat

fixed variable: frequency  √markah kelima

(iii) List of apparatus and materials.
peringatan untuk soalan ini ialah, untuk dapat markah 1 dalam soalan ini, anda harus memberi complete set of apparatus and materials. Kalau tidak memberi semua, markah tidak akan diberi.
Cara menjawab yang baik ialah
anda boleh tinggalkan ruangan dahulu untuk soalan ini dan teruskan ke soalan seterusnya, iaitu drawing diagram dan procedure.Apabila menulis melukis dan menulis procedure, anda pasti akan teringat apa yang harus digunakan.Selain itu, soalan juga akan bagi calon sedikit apparatus dan material yang harus digunakan. untuk itu, sama ada anda suka atau tidak, anda harus menulis apparus tersebut dalam jawapan anda dan "menggunakannya" dalam procedure nanti.

jawapan ialah:
D.c. power supply, ripple tank and accessories, lamp, metre rule, white paper, 5 pieces of perspecs/glass, stroboscope  √markah keenam

(iv) Arrangement of the apparatus  √markah ketujuh
calon-calon perlu draw a functional diagram, jangan lukis yang bukan-bukan sehingga hilang markah tau. Gunalah pembaris dan pencil untuk bahagian ini, kalau lukis salah boleh padam.

(iv) The procedure of the experiment which includes the method of controlling the manipulated variable and the method of measuring the responding variable.

State how the manipulated variable is controlled
terdapat banyak cara yang berbeza untuk experiment yang berbeza, seperti, use 1battery then use 2 and 3, use low power lense first then use high power lense dan sebagainya
The current was switched on.
The put one piece of perspecs in the ripple tank
  √markah kelapan

State how the responding variable is measured
Selain perlu menyatakan cara untuk mengenal pasti responding, anda juga harus menyatakan apparatus yang digunakan untuk mendapat reponding variables
Mark the position of wave on the white paper as seen through the stroboscope
Measure the wavelength using metre rule
  √markah kesembilan

State how the procedure is repeated to obtain at least 5 sets of results
Ini merupakan aspek yang TIDAK dinyatakan dalam kehendakan soalan, tetapi calon harus menulisnya untuk mendapat 1markah. Dalam menyatakan kaedah mengubah manipulated dan mendapat reponding variables, anda telah mendapat SATU set results. Oleh itu, anda harus mengulangi experiment untuk EMPAT kali lagi untuk mendapat LIMA set result. Kata kunci yang mesti ada untuk aspek ini ialah. THE PROCEDURE IS REPEATED!!

The procedure was repeated for different depth by putting pieces of perspecs on top of the previous perspecs in the ripple tank 2,3,4 and 5 number of perspecs.  √markah kesepuluh

(v) The way you would tabulate the data
(manipulated variables)
(responding variables)
1
-
2
-
3
-
4
-
5
-

jangan lupa letak unitnya~jawapan:  √markah kesebelas
number of perspecs
Wavelength / cm
1
-
2
-
3
-
4
-
5
-

(vi) The way you would analyse the data.
cara menjawab ialah, MESTI melukis GRAPH, tetapi cuma lukis x-axis dan y-axis
x-axis label manipulated variables
y-axis label responding varialbes  √markah keduabelas
graph ini TIDAK perlu data (maksudnya jangan lukis apa-apa pada graph itu, cuma graph saja)

Tuesday, 12 January 2010

【sejarah】Tamadun Indus

Tamadun Indus

•Tamadun terawal di India

•Terletak di Lembah Indus

•Punca kehancuran: serangan orang Aryan dan bencana alama

•Pembentukan tamadun: manusia membuat pertempatan dan aktiviti pertanian

•Membentuk pertempatan sepanjang sungai Indus

•Bandar besar: Mohenjo-Daro dan Harappa

•Pelabuhan: Lothal dan Sutkagen Dor


Bandar


•Bahagian utama : Pusat pentadbiran, agama, The Great Bath, tempat penyimpanan dan hasil pertanian

•Bahagian kedua: kawasan perumahan

•Keistimewaan: system perparitan dibuat dengan teliti , longkang di bawah tanah

•Ciri-ciri: 

-disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat,

-blok dipisah dengan satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung

-Bandar mempunyai system kumbahan terancang

-Bandar dihubung dengan jalan raya, sungai


Kehidupan berorganisasi


•Dua golongan utama,

•Atasan: pendeta dan pedagang

•Bawahan: petani buruh dan hamba

•Pendeta berpengaruh dalam Indus, peranan penting dlm bidang agama dan pentadbiran, milik tanah

•Mungkin tampuk pemerintahan dipegang pendeta

•Pendeta pengaruh dalam agama, orang taat mereka

•Golongan bawahan menjalan tugas untuk kepentingan atasan


Sistem Pemerintahan


•Diketua golongan pendeta

•Kuasa mutlak

•Dianggap wakil drpd tuhan di bumi, rakyat perlu setia


Sistem kepercayaan dan agama

•Politeisme

•Percaya fenomeno alam member kesan kpd kehidupan

•Tuhan Ibu paling popular, waris drpd Mesopota

•Juga menyembah dewa berkepala tiga, Brahma, Vishnu, Siva

•Banyak mempengaruhi agama Hindu


Pengkhususan pekerjaan

•Perdagangan:

-membabit perdagangan luar,

-hasil dagang emas, gading gajah, hasil pertanian dan manic

•Pertanian:

-Petani menanam tanaman makanan

•Kesenian:

-Artisan yang terlibat dalam pembinaan dan penghasilan logam, barang tembikar


Sistem tulisan

•Piktograf

•Masih belum ditafsir

•Untuk agama perdagangan, hasil pendapatan


Sumbangan

-Perancangan Bandar

•Mohenjo- Daro dan Harappa

•Teliti, pembinaan jalan raya yang lurus

•Kubu-kubu untuk melindungi Bandar drpd musuh dan banjir

•Rumah bina dgn tersusunn, dibuat dgn batu yang dikeringkan

•Tandas awam, tempat mandi

•System peparitan yang sistematik

【chemistry】easy ways to remember salts(from scribd)

Solubility of salt

1.Sulphate salt  = Pb, Ba, Ca sulphate salts are insluble salt
Method to remember : Persatuan Bahasa Cina

2.Chloride salt = Pb, Ag, Hg salts are insoluble salt
Method to remember : Persatuan Agama Hindu

3. Sodium, Ammonia and Potassium salts all are soluble
Method to remember : SAP  Salt

4. Carbonate salt
All are insoluble except SAP(Sodium, Ammonia and Potassium) salt


Colour of Salt

Special salt’s colour that you must know


1. Copper salt basically all blue colour in aqueous solution except copper(II) carbonate(Green) and Copper (II) oxide (Black) in solid state
Note :
Copper(II) carbonate and copper(II) oxide are insoluble in
in water, so they will not form blue colour aqueous solution

2. Zinc Oxide
Yellow when HOT
White when COLD

3. Lead(II) Oxide
Brown when HOT
Yellow when COLD


Test For Cations


1. Using NaOH
Pb, Zn, Al = Form white precipitate and dissolve in excess NaOH
Method to remember : Persatuan Zinc Aluminium

Ca, Mg = Form white precipitate but cant dissolve in excess NaOH
Method to remember : Cari Makan

【bahasa melayu】Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar

    Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.

    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran

    Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

    Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”

    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

【moral】36 nilai moral

Bidang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

1.Kepercayaan Kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhaNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2.Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

3.Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

4.Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

5.Hemah Tinggi
Beradap Sopan dan berbudi perkerti mulia dalam pergualan seharian.

6.Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

7.Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

8.Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan budaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

9.Kasih Sayang.
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

10.keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah..

11.Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

12.Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,petuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.



Bidang Berkaitan Dengan Kekeluargaan


13.Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

14.Hormat dan Taat kepada anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi lanyanan secara sopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

15.Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

16.Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

Bidang Berkaitan Dengan Alam Sekitar

17.Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

18.Keharmonian antara manusia dan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

19.kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan Keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama kesejahteraan hidup.

20.Peka terhadap isu-isu Alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya,



Bidang Berkaitan Dengan Patiotisme


21.Cinta Akan Negara
Perasaan yang sayang dan bangga kepada negara serta meletakkab kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

22.Taat Dan Setia Kepada Raja Dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

23.Sanggup berkorban Untuk Negara
Kerelaan melakukan sesuatu tau menyerahkan sesuatu ternasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara.



Bidang Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia


24.Melindungi Hak Kanak-Kanak
Membela,memberi naugan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

25.Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakatdan negara.

26.Melindungi Hak Pekerja
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan dan jasa dalam sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

27.Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada  golongan kurang berupaya  supaya tidak berasa  tersisih  dan  mengiktiraf  mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

28.Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu,mendapat perkhidmatan  serta barangan  yang  berkualiti  dan tidak mudah diskploitasi.



Bidang Berkaitan Dengan Demokrasi


29.Mematuhi Peraturan Dan Undang-Undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

30.Kebebasan Bersuara
Kebebesan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

31.Kebebasan Beragama
Kebebasan Setiap Individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang dipertentukan dalam Perlembagaan Malaysia.

32.Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malysia,

33.Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembahuruan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malysia.



Bidang Berkaitan Dengan Keamanan Dan Keharmonian


34.Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara sama satu lain dengan mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

35.Saling Membatu Dan Berkerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat  individu,komuniti atau negara untuk  mencaai sesuatu  matlamat.

36.Saling Menghormati Antara Negara
Menghormati dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

【sejarah】 Cara kedatangan pengaruh hindu dan Buddha

1.Pendapat pertama: Golongan ksytria(tentera)

a.Disebar golongan penakluk yang membentuk tanah jajahan takluk di AT

2.Pendapat kedua: pedagang atau vaisya

3.Pendapat Ketiga: golongan brahmin atau pendeta

4.Pendapat keempat: pengambilan aspek-aspek kebudayaan india yg menarik shj

a.Kemudian disesuai dgn budaya tempatan untuk diamal

5.Para sejarawan bersetuju dan menerima pendapat keempat

a.Diperkuat oleh kajian ahli arkeologi berdasarkan jumpaan seni arca yang kasar yang mempunyai langgam bercirikan AT

b.Spt: arca dengan ikatan tali kulit harimau (ditemui di srivijaya)

6.Aspek Hindu/Buddha berbeza antara pemerintah di AT dengan pemerintah di AT yg lain

a.Abad kelima, Kedah Tua menganuti buddha,ttp. Dieng(indon)menganuti hindu

b.Abad ketujuh, kerajaan di takuapa dan p.bangka mengunuti hindu ttp. Di Sumatera dan jawa menganuti buddha

7.Pengaruh hindu/buddha serentak dgn hubungan perdagangan

a.India berusaha mendapat logam emas di AT apbl. Rom berhenti perdaganan logam emas dgn india untuk mengelakkan kekurangan sumber bahan

b.Ini memberi ruang lebih luas perdagangan AT dgn india

【sejarah】Gerakan islah dalam meningkatkan minda bangsa

1.Derakan yang mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap islam

2.Pendorong derakan: Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-haid dan Dr. Burhanuddin al-Helmy

3.Mereka dikenali Kaum Muda

4.Akhbar dan majalah menjadi saluran gerakan islah, spt: al-iman, nracha, idaran zaman dan pengasuh.

5.Menyampaikan idea dan menjana ajaran islam dari sudut kemajuan dunia

6.Menyematkan sikap mengkritik penjajah dlm fikiran orang islam

7.Mengkritik raja dan pembesar melayu yang tidak berperanan penting dlam memaju melayu

8.Ditentang oleh Kaum Tua (dolongan alim ulama)

9.KT menguasai masyarakat dgn fahaman islam ialah tentang akhirat dan menekankan fardu ain

10.Ini menyebabkan sukat untuk kaum muda pengaruh masyarakat melayu

11.Gerakan islah digerak di NNS shj krn beberapa undang dikuluarkan oleh NNM bagi menghalang pengaruh KM.

12.Undang tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah islam dilakukan tanpa kebenaran sultan dan risalah dan buku kaum muda tidak boleh dibawa masuk ke negeri.

13.Gerakan KM menubuhkan beberapa buah madrasah

14.Madrasah menjalankan sesetem pendidikan islam

15.Memberi peluang kpd pelajar wanita untuk mendapat pendidikan.

16.Tekanan british dan KT tidak dapat menghalang sepenuh Gerakan Islah